Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.
Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri kan.:)
Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.
1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.
2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'
3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).
Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'
4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)
- jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
- jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
- jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)
blogspot akan berwajah baru...mmg cantik..tggu kemunculan dia....heheheh
BalasPadam