Pengikut

Selasa, 1 Februari 2011

Cerpen: Cintailah Aku Sayang Ep.5




Pagi itu mereka sekeluarga sempat bersarapan bersama. Daniel juga mengambil kesempatan bersarapan bersama isteri yang disayangi dan kedua mentuanya. Balqish yang sedari tadi diam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa. Padahal Danel serta mentuanya berborak berbagai perkara langsung tidak diendahkan. Pelik pula. ‘Oh, baru perasan yang Balqish berpakaian biasa.Tidak kerjakah dia hari ini?’hendak bermesra-mesra dengan isteri tersayang rasa malu pula depan mentua.
“Erm, balqish tak kerja hari ini?”Tanya Daniel penuh prihatin. Balqish hanya diam sambil tangannya menguis-guis bihun. “Pening katanya.”sampuk mak mentuanya apabila melihat Balqish hanya membisu. Ibunya juga pelik dengan sikap Balqish. Bukan ke kalau isteri dah lama tak jumpa suami bukan main rindunya. Ini tidak bila cakap pasal Daniel, muka dah bertukar.Mencebik, masak mencuka. Ini pula tak bercakap langsung. “Kalau pening, abang bawakan ke klinik ya?Balqish hanya menggeleng. “Pening kepala, muntah-muntah dalam perut tu dah berisi, Daniel.”kata mak mentuanya. Bapa mentuanya dari tadi hanya memerhatikan sahaja. Senyum. Tidak lama lagi dapatlah dia menimang cucu lagi. Mia pun dah besar. Manjanya pun sudah terlebih-lebih.  “Ye ke ni sayang? Tak bagi tahu abang pun.”Daniel sungguh gembira dengan berita itu. Tapi mengapa berita segembira ini tidak Balqish beritahunya sendiri. Dari raut wajah Balqish dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh balqish.

“Sayang, jom naik atas sekejap.”ajak Daniel. Dia mahu perkara ini diselesaikan dengan segera. Kalau dibiarkan pasti akan lebih berlarutan. Balqish segera bangun apabila ibunya member isyarat supaya mengikut ajakan Daniel. Tentu mereka ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Masakan tidak, sanggup Daniel cuti hari ini. Katanya hendak temankan Balqish.

“Sayang, kenapa ni. Abang tengok ayang ni macam tak nak bercakap dengan abang pun. Ayang pregnant pun ayang tak beritahu abang.Kenapa nak berahsia sangat. Kalau ibu tak beritahu tadi tentu abang tak tahu.” Daniel sedaya-upaya menjernihkan keadaan. Mereka tidak pernah berkeadaan begitu. Balqish tak pernah berperangai begitu. Mungkin inilah gelombang rumahtangganya akan bermula. Di sebagai suami harus sabar. Jangan mudah melatah.

Mulalah Balqish nak menangis. Dia memang sensitif orangnya. Lagi-lagi keadaan tertekan macam ni. Dengan keadaan diri yang tidak sihat dan Daniel yang curang dibelakangnya. Sudah lah tu, boleh dia buat tak tahu. Sakitnya hati. Bila sakit hati mulalah rasa sedih. “Abang sayang ayang?”pertanyaan Balqish akhirnya terkeluar dari mulutnya. Air mata bercucuran. Lagaknya bagai kanak-kanak yang manja.

Daniel menyapu air mata balqish. “Sudah lah sayang, janganlah menangis. Dah jadi macam baby dah. Menangis sampai hidung-hidung pun merah.”Daniel cuba memujuk Balqish. Meredakan perasaannya. “Sayang, dalam hati abang ini Cuma ada 2 wanita yang paling abang sayang. Mama abang dan sayang. Tidak ada wanita lain. Abang betul-betul ikhlas menyayangi Sayang.”diluahkan perasaannya supaya balqish tidak berterusan menangis. Dia tahu Balqish seorang yang sensitif. Lagi-lagi Balqish sedang mengandungkan anak pertama mereka, tentu emosinya tak stabil.

~~Hanya sekadar menambahkan mood anda menghayati cerpen ini. Siti horhaliza-Pastikan~~


Hari-hari yang dilalui oleh Balqish biasa sahaja.Cuma hubungannya dengan Daniel kadang-kala baik dan kadang-kala dingin. Kini kandungan Balqish sudah memasuki bulan ke tujuh. Daniel tetap berusaha menceriakan hubungannya dengan Balqish. Dia tidak mahu anak yang bakal lahir merasai kedinginan hubungan mereka. Daniel sedaya upaya memberi perhatian kepada Balqish, namun Balqish tetap begitu. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Dulu bukan main lagi, ada sahaja cerita yang hendak dikongsi dengan Daniel. Daniel sentiasa berdoa agar Balqish berupah sikap. Ceria seperti dahulu. Bagi Balqish selain Daniel merahsiakan siapa wanita yang dilihatnya bersama Daniel, selama itu Balqish bersikap begitu. Bukan dia tak nak berubah, lagi-lagi tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang ibu, namun hatinya belum terbuka untuk memaafkan Daniel.

Suatu hari, Daniel mengirim sejambak bunga kepada Balqish ke pejabat Balqish.. Dan diselitkan nota, menyuruh Balqish pulang awal kerana dia ada kejutan untuk Balqish. Balqish membelek-belek bunga ros yang diterimanya lalu mencium bunga tersebut. ‘Sayang, hari ini abang nak sayang balik awal. Ada kejutan daripada Abang’. Itulah nota yang tertulis pada sekeping kad.

Dalam kedegilan Balqish, dia masih menyanyangi Daniel. Dia tidak mahu menghampakan pemintaan Daniel. Dia juga takut inilah pemintaan terakhir Daniel. Tidak ada saat-saat manis buat mereka jika salah seporang dari mereka tiada.

“Sayang, terima kasih.” Ucap Daniel sebaik sahaja Balqish memasuki rumah. Diciumnya dahi Balqish tanda kasih sayang yang tidak berbelah-bagi. “Terima kasih sebab tunaikan pemintaan Abang. Abang dah masak untuk makan malam kita. Lepas solat kita makan sama-sama ya, sayang?” Kali ini dirangkul badan Balqish dalam dakapannya. Diusap-usap perut Balqish yang semakin memboyot. Balqish hanya mengangguk. Setuju dengan perancangan Daniel.

Ketika Balqish meniti tangga untuk ke bilik, Daniel bersuara. “Sayang, maghrib ni kita solat jemaah ya.” Balqish hanya tersenyum. Dia tahu sudah lama dia dan Daniel tidak solat berjemaah. Masing-masing sibuk. Kalau tidak Daniel yang pulang lewat, balqish yang pulang lewat. Dia hendak mengejar kerja-kerja. Dia tidak mahu semasa cuti bersalin kerja-kerjanya masih tertangguh.

Selesai solat bersama, Daniel memegang tangan Balqish. Dia merasa ada ketenangan disitu. Diangkatnya tangan Balqish dan diletakkannya didada. “Sayang, kalau sayang nak tahu dalam hati abang ni tiada insan lain yang abang sayang. Hanya Balqish sahaja. Abang sayang Balqish duni akhirat. Sayang, abang minta maaf jika selama kita berkahwin abang ada melakukan kesalahan yang membuatkan hati sayang terluka.” Dikucupnya tangan Balqish berkali-kali. Dia tidak mahu kehilangan Balqish. Balqish hanya mengangguk. “Abang, sayang pun minta maaf. Sayang banyak buat salah dengan Abang. Banyak melukakan hati abang.Degil.”Balqish juga memohon maaf dengan suami tersayang. Dia yang sebenarnya banyak melakukan kesalahan. Balqish menitis air mata mendengan kata-kata Daniel. Susah mencari lelaki yang mahu mengaku kesalahan dan yang mahu memohon maaf. Yang ada cuma lelaki yang ego. “Isy, jangan lah menangis sayang. Nanti baby dalam perut tu pun suka menangis.”gurau Daniel apabila melihat tangisan Balqish semakin kuat. Dikesatnya air mata Balqish yang jatuh dipipi yang gebu itu. “Jomlah kita makan. Abang masak best tau. Untuk mama dan baby.”Diciumnya perut Balqish. Rasa tidak sabar melihat wajah anak mereka. Kalau perempuan tentu cantik macam ibunya,kalau lelaki pula tentu kacak macam ayahnya. Daniel berangan sendiri.

Esok merupakan hari jadi Daniel, Balqish berhasrat untuk membeli hadiah yang paling istimewa untuk suaminya yang tersayang. “Assalamualaikum, Hanna. Kau ada kerja tak petang ni? Jom teman aku beli hadiah untuk Daniel.”Balqish mengajak Hanna menemaninya membeli hadiah untuk Daniel. Dia rancang lepas kerja dia nak terus ke Mid Velly. Disana tentu banyak pilihan.”Sorry, my dear. Aku ada dating petang ni. Sarry ye Balqish. Kalau kau ajak awal-awal boleh aku cancel date aku tu.” Hanna kesal tak dapat temankan sahabat baiknya. Tentu Daniel tak dapat temankan tu. Eh lagipun nak beli hadial Daniel tentu lah Balqish nak buat kejutan. “Amboi-amboi sejak bila kau bercinta ni. Tak bagitahu aku pun.”balqish terkejut, tak ada angin cerita Hanna ada kekasih, alih-alih hari ni nak pergi dating. “Ala, aku baru saja kawan. Eh..tak dia ni kawan lama masa kat sekolah. Jumpa kat FB lah.”suara hanna bertukar ceria. Tentulah ceria bila cerita pasal buah hati. “Tak apalah, aku pergi seoarag sajalah. Tapi kalau kau ada kau boleh bagi pendapat. Aku nak belikan Daniel tali leher. Oklah Hanna, buatlah kerja kau balik jangan berangan sudahlah.”sempat juga Balqish mengusik Hanna.
Selepas waktu pejabat, Balqish terus menuju ke Mid Velly. Shopping seorang tanpa teman membuatkannya cepat bosan. ‘Takpelah, lepas beli tali leher terus baliklah.Boring pula jalan sorang-sorang.’

Balqish singgah di butik Dunhill. ‘Erm...warna apa lagi abang tak ada ya’berkata-kata Balqish didalam hati. Mengingati warna tali leher yang masih belum ada dalam koleksi Daniel. Balqish mencapai sepasang tali leher. Cantik juga warna hitam. Ada jalur-jalur. Tentu bertambah kacak jika Daniel memakainya.
Terus dibayarnya tali leher tersebut. Balqish terasa malas pula nak pergi singgah Butik Baby Guess. Memang perancangan awal dia nak singgah, nak tengok barang-barang dan pakaian baby. Ada berkenan dia beli. Tapi terasa lenguh kakinya. Ni baru beberapa minit berjalan dah terasa letih.
Teringat dia dan Daniel pernah kesitu sewaktu mereka dalam alam pertunangan. Daniel beria-ia mengajaknya menonton wayang. Mujurlah cerita yang Daniel cadangkan best dan penuh aksi. Sepanjang Filem ‘Fearless’ ditayangkan kakina tak berhenti bergerak. Kalau bukan tengok dengan Daniel dia pasti tangannya juga bergerak spontas meniru aksi Jet Li. Lepas mereka kawin belum pernah mereka menonton wayang. Masing-masing sibuk.Lagipun semua tu boleh tonton kat rumah dengan adanya ASTRO.

Balqish terus ke parkir kereta. Dia melihat nombor yang tertera pada tiang-tiang di ruang parkir kereta. Dia pasti akan terlupa dimana dia meletakkan keretanya jika tidak mengingati nombar yang tertera pada tiang. Itu sebagai clue untuknya mencari keretanya.

Sedang dia menuju ke keretanya, terasa ada seorang lelaki mengekorinya. Dia perhatikan dari dalam Mid Velly lagi lelaki tu mengekorinya. Tapi pada fikirannya mungkin lelaki tersebut satu arah dengannya. Tapi kali ni, terasa lain macam saja. Lagak gaya lelaki tu pun mencurigakan. Baru dia perasan pakaian lelaki tu serba hitam. Balqish terasa cemas. Semakin lama semakin dekat lelaki itu menghampirinya. ‘Ya Allah Ya Tuhanku. Selamatkan lah aku dari kejadian yang tidak diingini.’ Tidak mungkin Balqish berlari dengan keadaan perutnya yang memboyot itu. Cuma yang mampu dia lakukan mempercepatkan langkahnya.

Sambil berjalan laju, dia mencapai telefon bimbitnya. Dalam kepalanya hanya memikirkan Daniel yang patut dia hubungi dalam keadaan cemas macam tu. ‘Kenapa tak angkat telefon, abang...’rintih Balqish dalam hati. Tentu Daniel memasang mode silent semasa bermesyuarat. Balqish bagai hendak menangis. Teringat pada Hanna pula, terus ditekan nombor telefon Hanna. Juga panggilan tidak dijawab.  Dalam masa sekelip mata, lelaki itu telah memegang tangan Balqish. Erat. Sedaya-upaya Balqish menyentap tangannya. Namun kudrat wanitanya tidak dapat melawan kekuatan lelaki tersebut. Balqish menjerit. Manalah tahu ada orang-orang yang terdengar jeritannya, dapat membantu.

Bunyi kereta yang agak kuat, menyebabkannya tersentak. Balqish dicolek. Sekelip mata badannya dihenyak kedalam sebuah kereta Wira. Terasa perutnya bergegar. ‘Ya Allah selamatkan lah anak dalam kandungan ku’ Balqish memegang perutnya.

“Apa yang awak semua nak daripada saya?Saya tak ada hutang apa-apa dengan awak.”jerit Balqish. Tiada jawapan daripada lelaki tersebut. Terdapat lelaki lain yang sedang memandu dan disebelahnya juga lelaki bermisai lebat. Gaya macam polis tapi tak akan lah polis nak melakukan jenayah pula. “Hey, apa ni tak kesian ke korang pada saya.”geram Balqish dengan tindakan lelaki-lelaki tersebut. Terasa air mata mengalir ke pipinya. Sedih dengan keadaan drinya. Bimbang dirinya akan dibunuh. Paling kurang pun takut dirinya dirogol. Lelaki yang bernafsu binatang bukannya kira pada wanita mengandung atau tidak.

Kali ini, mata dan mulutnya diikat. Sebaik sahaja dirinya dihenyak kedalam kereta kedua belah tangannya telah diikat.  Semakin dia meronta semakin kuat genggaman lelaki tu pada lengannya. Terasa sakit. Cengkaman tangan lelaki yang kuat perkasa. ‘Ya Allah selamatkanlah aku.’dalam hati Balqish tak henti-henti berdoa.

Dengan mata yang tertutup, memang sukar dirinya mengecap jalan dan tempat dirinya dibawa. Dia Cuma mengikut arahan dan kakinya hanya melangkah. Bila sampai ditempat tersebut dia disuruh duduk. Balqish tidak bersuara dan meronta seperti di dalam kereta. Malas dan penat sangat. Termengah-mengah pun juga. Kini dia terdengar suara perempuan. Suara itu mengarahkan lelaki yang menculiknya beredar.

“Oh, inilah isteri kesayangan Daniel.”wanita itu bersuara. Jelas pada nada suaranya mengambarkan kejelekkan. Perempuan itu mengusap-usap kepala Balqish. Balqish hanya diam terpaku. Cemas dan takut diperlakukan kasar terhadapnya dan yang penting risau keselamatan kandungannya. “Sebabkan kau Daniel tak layan aku. Padahal dulu akulah ratu dihati Daniel” kata perempuan itu dengan nada yang kasar. Lalu ikatan pada matanya dan mulutnya dibuka.

“Ya Allah.”terpancul dari mulut Balqish apabila melihat perempuan dihadapannya adalah perempuan yang dilihatnya bersama Dainel dahulu. “Kau nak tahu? Aku rasa kau tentu tak tahu siapa aku kan? Akulah kekasih Daniel suami kau.” Suara perempuan tu semakin kasar dan kelakuannya semakin menganas. Ditariknya tudung Balqish. Menampakkan rambut balqish yang ikal mengurai. “Cantik rambut kau. Patutllah Daniel sayang sangat pada kau kan.”perempuan itu mengusap-usap rambut Balqish pula. Lagak macam pesakit mental. “Kenapa ya taste Daniel berubah pada wanita bertudung. Dulu kalau kau nak tahu, ramai perempuan seksi jadi kekasihnya termasuklah aku.” Kata-kata perempuan tu kepada Balqish.

Jam menunjukkan pukul 10 malam semasa perempuan gila tu meninggalkan Balqish. Perempuan itu juga telah merampas telefonnya. Bagaimana dia hendak menelefon Daniel. Balqish mengeluh.

Dipandang sekeliling. Dia ditempatkan disebuah bilik kosong. Tidak ada apa-apa. Kini ikatan di tangannya juga telah dibuka. Terasa kelegaan. Terasa keletihan. Tentu Daniel akan risau tentang kehilangannya. ‘Ya Allah, selamatkanlah aku dari sebarang bencana dan malapetaka.’ Doa Balqish di dalam hati.
BERSAMBUNG......
nantikan sambungan Cerpen: cintailah Aku Sayang Ep.6.
Apa yang terjadi kepada Balqish dan kandungannya?
Apakah usaha yang dilakukan oleh Daniel?
Dan siapakah sebenarnya wanita dan lelaki-lelaki yang menculik Balqish?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan