Pengikut

Khamis, 31 Mac 2011

Mee Siput Oh...Mee Siput

Mee Siput? Macamana bentuknya?macam siput ker?

Persoalan timbul di fikiran kawan2 yang tak pernah makan mee siput...
Mee siput famous kat negeri Johor..org johor mesti kenal mee siput ni....selalunya mee siput digoreng dan dicicah dengan sambal.Fuhh..memang sedap.....tapi kadang2 dibuat pengat..campur ngan pisang nangka.tapi saya tak gemar sgt cara masak mee siput mcm tu...



Ni gambar mee siput yg telah digoreng...dan sedia dimakan...
Mee siput ni saya minta kawan yang duduk kat Muar poskan..Terima kasih Afiza Ismail, tuan empunya blog ni http://dairidapur.blogspot.com. Yelah nak cari Mee siput kat Perak ni susah...mmg tak ada kot..so mintalah jasa baik kawan saya ni poskan ke Perak...Alhamdulillah....dapatlah merasa mee siput Muor...gara2 pregnant,apa makanan yg disebut mesti nak makan..hehe....sedap..tak nak try ke?


Mama maira

Sabtu, 19 Mac 2011

Tips Blogspot: Nak post entri dalam blog

Post entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas bagi seorang blogger.
Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.

Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri kan.:)

Tutorial Post Entri Dalam Blog


Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

Tutorial Post Entri Dalam Blog

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'
Tutorial Post Entri Dalam Blog



3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'
Tutorial Post Entri Dalam Blog


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)
Tutorial Post Entri Dalam Blog

  • jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
  • jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)

Tip Blogspot: Permulaan Membuka Akaun Blogspot

Ada kawan2 yang tanya saya bagaimana nak buat blog. Jadi saya buat Entri khas untuk mereka yang nak berBLOG....
 
Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.

Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

Sabtu, 12 Mac 2011

Blog Sudah Bersawang...huhu..



Agaknya kalau blog ni macam rumah yang tak di kemas dah lama dah bersawang...penuh dengan habuk2...hahaha...dah lama saya tak mengUPDATE blog ni...memang sibuk tapi xsangat lah...macamana tu?

Macamana sibuk tapi xsanagt sibuk? Memang balik sekolah dah fenat + fening...macamana nak dapat idea nak tulis kat blog...cerpen pun dah xbersambung2...kesian kawan2 saya yang mengikut cerpen saya....maaf yer semua...almaklumlah...

Semperna cuti sekolah selama seminggu ni saya berazam nak post byk2 entri kat blog ....macam2 ada...lagipun akak kita ni tak blk lampung.Lepak di rumah  jer....

Oklah nantikanlah entri2 yang best2 tau.....TUNGGU.....