Pengikut

Khamis, 21 April 2011

Ulasan Buku: Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah

Nama Guru   : Puan Arbayah Binti Aris
Sekolah           : Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Bota Perak
Judul Buku    : Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
Pengarang      : Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 
Penerbit          :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd



Sinopsis


Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.



Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1.      Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.      Melatih murid bersikap optimis.
5.      Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.      Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1.      Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2.      Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3.      Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik darjah.
4.      Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat mengingat dengan mudah.
5.      Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6.      Meransang murid membina konsep diri yang positif.



5 ulasan:

  1. Assalamualaikum puan, saya mohon share dan halal untuk book review saya. Saya juga akan olahkan sedikit ye puan

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Mohon share. Ada realiti dalam penceritaan. Semoga konsep ini terindah dengan terdedahnya kebenaran apa itu guru? Insha Allah.

    BalasPadam
  3. assalammualaikum..mohon share.

    BalasPadam
  4. Salam... mohon share dan halal atas perkongsian

    BalasPadam