Pengikut

Selasa, 26 April 2011

Comel Anak Mama Secomel Mama...


Gambar terbaru Maira...gambar ni Baba yang ambil masa pergi Expo kat KPM...ada pameran kereta antik..so ambil kesempatan bergambar..gambar xbanyak sbb guna kamera handphone jer...
Jadilah buat kenangan...


Mama Maira Sayang
sayang semua

Isnin, 25 April 2011

Malas nak masak...huhu

Apa?
Malas nak masak....Amboi..amboi..mentang2lah hari ni dah gaji..dan2 malas nak masak...

Awal bulan macam nilah...penyakit malas masak melanda...
TAPI bila hujung bulan..mulalah...tiap2 kali waktu makan mmg tak 'miss' masak...

Hari ni penat sikit...
kat sekolah dahlah jadual waktu2 akhir..ajar darjah 1 plak tu..mana tak penat
balik harini lambat sikit kul1.40ptg..pastu blk sekolah singgah Pejabat pemaju..nak settle kan dokumen pembelian rumah...pas2 singgah kedai makan..beli makan..perot dah berkeroncong..

so sampai rumah dah pkl 3 lebih..tet]rus mandi + solat...

buka laptop..sampai sekarang...

Lauk pun xada..yg ada telur jer...
so ptg ni blh pergi pasar malam..beli makanan..so xpayah lah mama maira masak..kan..kan..

Bijak tak?
tapi kalau dah malas tu...mmg malaslah..nak bg 1001 alasan lak...hahaha...



Impian Bakal Menjadi Kenyataan...;)


Gambar rumah sapa plak ni?
Korang rasa cantik tak?
cantik ke tak?
Mama Maira suka rumah stail ni..ala2 inggeris gitu...hehehe

Hehe..arini proses pembelian rumah ni..tinggal separuh...tinggal beberapa persen jer...

So tak sabar nak tunggu proses ni settle...tapi bila dah settle belum blh duduk lagi...
kenalah tunggu siap...

Rumah ni mmg dalam pembinaan...dan dijangka siap akhir tahun 2012...
lama?
memang lama lagi...tunggu jelahkan..buat masa sekarang duk rumah sewa dulu...

harap2 proses pembelian rumah ni xada masalah...

oklah bye2..Mood happy separuh masalah dah settle....tinggal separuh je lagi...

Assalamualaikum semua...dari...

Sabtu, 23 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL Datang Lagi...


Dia datang lagi lah...
sapa?
ala...Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 laaaaaa...
kat mana?
mana lagi...tiap2 tahun kat PWTC lah...

Alahai cerita pasal pesta buku ni..buat saya melonjak-lonjak nak pergi..
walaupun sekarang dah duduk kat Perak..rasa nak g juga...please...blh tak abang sayang...hehehe (bodek)

Tapi..takut tak larat jer...pagi tadi pergi pasar pagi kat Bota pun dah 'fening2'...berpinar2 mata...macam nak pengsan...ni plak nak redah lautan org ramai kat pesta buku....alahai...pendam jelah perasaan tu...

sebut pasal Pesta buku gak...teringan kenangan terindah...yg pertama...tak moh ceritalah....
Kisah cinta lama...malas nak ingat...

Tapi yg kedua..nak cerita sangat2...apa dia?

First time bawa 4 org murid bertanding dlm Pertandingan bercerita kat Pesta Buku...Bersama Cikgu Norazlina sulaiman....saya ni tukang bawa kereta jer...dia yang banyak melatih murid...

Alhamdulillah...tak sia2 saya n k.ina bawa diorg...3 org dapat masuk final...

Memang tak mengharap...lagipun kalau masuk final dah nak kena bawa lagi..tapi dah rezeki diorg...
3org masuk final...seorg Juara Kategori Thn 1-3 iaitu Adik Marini..yang 2 org lagi tu cuma hadiah saguhati...
apapun itulah kenangn terindah..dan sumbangan Cikgu Abby sebelum pindah dari SK Antara Gapi...


Khamis, 21 April 2011

Ulasan Buku: Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah

Nama Guru   : Puan Arbayah Binti Aris
Sekolah           : Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Bota Perak
Judul Buku    : Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
Pengarang      : Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 
Penerbit          :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd



Sinopsis


Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.



Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1.      Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.      Melatih murid bersikap optimis.
5.      Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.      Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1.      Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2.      Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3.      Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik darjah.
4.      Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat mengingat dengan mudah.
5.      Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6.      Meransang murid membina konsep diri yang positif.



Ulasan Buku...

Assalamualaikum...hai kawan2 yang jadi cikgu..korang kena buat 'Book Review' atau ulasan buku tak?ni sebahagian daripada LADAP...ada gak sekolah lain yang tak kena...yang ab faham kalau hari kita kursus or LADAP tak cukup 7 hari baru kena buat...tapi dah SU LADAP sekolah suh buat..kenalah buat..lagi2 ramai cikgu yg buat..takkanlah ab bak buat DONO jer...so terpaksalah merajinkan diri membaca buku...


masalah timbul bila nak pilih buku...kat mana?buku yg ada semua dlm kotak..masih 'Tidur'. Malas nak 'kejutkan'....hahah...lawaklah..jumaat lepas kerajinan yang melanda diri terus ke Library awan Seri Iskandar cari buku nak baca...sambil berlenggang2 kangkung pg tanpa bw pen dan kertas...agaknya dlm fikiran pas baca dah leh ingat semuanya kot..haha...so apa lagi gunakan BBku sayang..taip dlm handphone lah...


masalah lagi..dah amik isi penting..malas lak nak mgarangnya....kenalah tulis sikit sinopsis pasal buku tu..kenalah ulas sikit...erm...ada cara yang 'smart' 1. tanya kwn2 cikgu yng buat..so blh copy and paste jer....


hari ni kena rajin sbb buku yang dibaca bertajuk...:Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Kalau cikgu dah malas..macamana nak mendorong murid2 jadi rajin...hehehe..betul tak..so dengan kerajinan yang ada ..siaplah ulasan buku tentang...Buku tp xde respon..diorg mmg xkena buatlah..2.Cari dalam internet ulasan buku..tapi xmenepati 'citarasa'...pastu cam tipu plak..yg lain buat kata diri yang buat...


Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah....Sekian Terima Kasih...;) 


Sabtu, 16 April 2011

Ibu bapa wajib penuhi hak anak untuk bentuk zuriat salih

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” 

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara. 
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari. 

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. 

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” - Riwayat al-Bukhari. 

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya. 

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti. 

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut. 

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih. 

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya. 

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya. 



Mama maira
http://www.cute-smiley.com

Rabu, 13 April 2011

Bagaimana hendak menambah LinkWithin.

Bagaimana hendak menambah LinkWithin.

Apakah fungsi LinkWinthin? LinkWithin akan memaparkan Entri yang pernah anda kirimkan dalam blog dibawah setiap entri. Jadi ia memudahkan pengunjung membaca entri-entri yang telah dikirimkan...

Disini saya nak berkongsi dengan anda semua “bagaimana menambah LinkWithin dalam blog”.

Langkah 1:

Saya lebih suka explore dan berkunjung ke blog rakan2 dan apa yg menarik di blog mereka akan saya click....contoh saya akan click pada perkataan LINKWITHIN yg dipaparkan dlm blog mereka. Secara automatic saya akan link kpd web site LINKWITHIN. Atau pun anda pergi ke http://www.linkwithin.com/learn?ref=widget disini anda boleh mendapatkan LINKWITHIN.

Langkah 2:

Kemudian and dikehendaki memasukkan alamat e-mail, link blog anda (cth: http://cerpenuntukmusayang.blogspot.com) dan platform iaitu sama ada anda menggunakan blogger, wordpress dll.

Langkah 3:

Anda perlu menginstall widget. Bagaimana?Ikut arahan seterusnya.


Install Widget on Blogger

1. Click Install Widget to open Blogger in a new window, and follow the steps below in that window. Login to your Blogger account if necessary.
2. Select a blog if you have more than one, then click on Add Widget.




3. (Optional) For better performance, Drag and Drop the LinkWithin box under the "Blog Posts" box.




4. Click on Save.




And you're done! The widget should now appear on your blog.
If there is a technical problem with the widget, visit our support page
NOTE: The quality of recommended stories will improve once we complete our crawl of your blog. This may take up to several hours, depending on the number of stories in your blog.


Sekian...


Mama maira
http://www.cute-smiley.com