Pengikut

Rabu, 19 Januari 2011

Cerpen: Cintailah Aku Sayang Ep.4




“Dah telefon Daniel, suruh ambil Balqish. Yelah, macamana nak balik kalau masih tak sihat.” Puan Faridah terkejut melihat Balqish sedang mengemas pakaian. Hendak juga balik dalam keadaan tak sihat. Degil. Disuruh cuti lagi, ambil MC. Tapi Balqish tetap berdegil. Katanya tak boleh ambil cuti lah, banyak kerja lah. “Abang Daniel sibuk bu. Mana ada masa nak ambil Balqish.” Terasa sebak. Mulalah air mata nak mengalir. Tahan wahai air mata, depan ibu malulah kalau menangis. Tentu ibu dapat merasa kesedihannya. Sibuk sangatkah Daniel sampaikan minta ambil Balqish pun tak sempat. Bukan ke hari ni cuti, hari Ahad. Buat overtime juga ke?

“Balqish nak balik juga ke? Abah risau lah tengok Balqish ni. Daniel tak datang ambil ke?” Balqish hanya menggeleng. Malas nak cakap lebih-lebih. Buat sakit hati dan buat sedih saja. Tak pasal-pasal mengalir pula air mata depan abah. “ Apa ni, dulu bukan main lagi janji dengan abah. Nak jaga Balqish. Tak benarkan balqish balik seorang.” Bila Abah dah bersuara. Yang lain senyap seribu bahasa. “Abah, Daniel sibuklah bah. Syarikatnya nak buka cawangan baru. Tu yang sibuk sangat.” Jelas Balqish mempertahankan maruah suaminya. Dia tak mahu Abah menganggap Daniel tak bertanggungjawab keatasnya.

“Kalau macam tu, abah dengan ibu temankan Balqish. Biar abah yang bawa kereta.”Abah mengambil keputusan menemaniku balik ke Bangi. Mak segera mengemas kain baju yang hendak dibawa.”Nek, Mia kena ponteng sekolah la eh?”Tanya Mia sewaktu Puan Faridah mengemas baju.”Terpaksalah Mia, 3 hari saja. Hari Rabu kita balik sini semula. Nanti nenek telefon cikgu Mia. Kata Mia tak dapat hadir ke sekolah.” Ibu pun setuju cadangan abah temankan Balqish balik memandangkan badan Balqish masih lemah.

Balik ke Bangi sempat Balqish singgah di Giant Bangi membeli barang dapur. Di rumah memang tak ada langsung makanan mentah untuk di masak. Kalau Balqish dan Daniel sahaja tak apalah. Takkan nak ajak ibu dan abah makan di luar pula. Sempat juga Balqish singgah farmasi. Beli penadol, minyak angin dan alat ujian kehamilan. Balqish rasa lain macam badannya. Tak pernah demam dan pening teruk berhari-hari sebelum ni. Setiap pagi pasti tekaknya loya, nak muntah. Sebarang makanan jangan haraplah boleh ditelannya. Tunggu waktu tengahari baru tekaknya boleh menerima makanan. Waktu tu dah tentulah perutnya dah menyanyi-nyanyi. Jadi makanpun tentulah banyak.

Manalah tahu ada rezekinya nak timang anak. Kalau positif ujian tersebut tentu Daniel melompat keriangan. Sebut saja nama Daniel, Dia mengeluh. hatinya sayu dan sedih. Daniel macam tak menghiraukannya lagi. Minta tolong ambil pun banyak sangat alasannya. Hari Ahad pun kerja ke?

Dari kejauhan Balqish nampak macam susuk badan Daniel. Tapi mustahillah. Berpegangan tangan. Tapi perempuan tu yang paut lengan Daniel. Takkanlah Daniel. Salah pandong kot aku ni. Kata hatinya menyatakan apa yang dia lihat adalah Daniel. Balqish hendak juga tmelihat muka lelaki tu. Dari tepi memang nampak macam Daniel.

“ Ya Allah....tabahkan hatiku.”Balqis mengurut dadanya supaya bertenang. ‘Relek Balqish, tenang Balqish.’ Dia sungguh terkejut. Memang benar lelaki itu adalah Daniel. Bila lelaki tu berpaling, terasa jantung Balqish bagai nak jatuh. ‘Sabar Balqish..Sabar.’ Balqish memujuk hatinya jangan cepat melatah, dia harus tenang. Nasib baik ibu dan abah ada dalam kereta. Mampuslah aku nak jawab kalau ibu dan abah Tanya. Mereka akan kata Balqish tak pandai jaga suami. Suami dah tergoda dengan perempuan lain. Ini ke yang diberitahu Daniel dirinya sibuk, banyak kerja. Sibuk..memang sibuk. Sibuk berkepit dengan perempuan lain. Hati yang memang sedih bertambah-tambah sedih dengan insiden ini. ‘Ah, lantaklah.’Balqish malas nak serabutkan fikirannya. Bertambah pening kepalanya.

“Kenapa tercungap-cungap ni. Kena kejar apa?” tegur ibu apabila melihat Balqish termengah-mengah. Sengaja dia berjalan laju, malas nak bertembung dengan pasangan tadi. Sakit hati, sedih, kecewa,pening...semuanya ada.

“Ibu malam ni kita masak asam pedas lagi eh. Balqish ada beli ikan merah tadi. Sedap masak asam pedas. Ibu ada ni Balqish boleh makan asam pedas puas-puas.” Tersipu-sipu Balqiash. Malu juga asyik suruh ibunya masak asam pedas. Hari-hari lauk asam pedas pun tak mengapa. Tapi memang tekaknya berselera kalau ada lauk asam pedas masakan ibunya.

“Balqish, Daniel memang selalu balik lewat ke? Ni dah dekat pukul 10 malam pun tak balik lagi?” Balqish malas nak berbicara pasal Daniel. Sakit hati. “Kadang-kadang saja, bah.” Segera Balqish naik ke bilik atas. Badannya masih tak sihat. Hendak tidur, tapi mata tak rasa mengantuk. Asyik fikir pasal insiden petang tadi saja. Tiba-tiba, baru dia teringat nak buat ujian kehamilan. ‘Mana aku letak alat tu ya?’ dibelek-belek hand bagnya.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.” Terpancul kalimah syukur di bibir Balqiah apabila ujian kehamilan yang dia buat menunjukkan tanda positif. Tapi ada nada keluhan di bibir balqish. Dalam keadaan sekarang, rasanya biarlah dia merahsiakan berita baik ni daripada pengetahuan Daniel. Malas balqiash nak bercakap dengan Daniel. Nak padang muka pun tak sanggup, apa lagi nak berborak-borak. Sedih teramat sedih dengan sikap Daniel. Sanggup Daniel menipunya. Tanpa dia sedar air matanya mengalir. Kecewa. Inikah balasan Daniel padanya. Mana janji Daniel dahulu. Tak nak lukakan perasaan Balqish. Bukan sedikit pengorbanan yang Balqish berikan. Dia korbankan cinta pertamanya dahulu demi cinta dan janji Daniel dahulu. Yang akan membahagiakannya dan tidak sekali melukakan perasaannya. Kemudia diikutkan kata Daniel suruh dia berhenti kerja di USM sebagai pensyarah, semata-mata Daniel nak Balqish dekat dengannya. Tapi inikah balasan Daniel.

Tepat jam 11 malam Daniel balik. Balqish sudah kirimkan pesanan ringkas kepada Daniel, memberitahu dirinya sudah berada dirumah dan beritahu abah dan ibu pun ada juga. Tapi lewat malam baru batang hidung Daniel nampak. Apa kata abah dan ibu tentang sikap Daniel. Balqish pura-pura tidur bila Daniel masuk ke dalam bilik. Malas dia nak bertegur dengan Daniel. Lantaklah. Hendak jaga hati dia, hati aku macamana?siapa nak jaga?
Daniel masuk ke bilik. Balqish sedang lena tidur. Hatinya begitu rindu pada Balqish. ‘Kasihan Balqish tentu dia tunggu aku balik’bisik hati Daniel. Daniel menyesal mengapa sedang hubungannya dan Balqish gembira hadir Jasmine, kekasih lamanya dulu. Jasmin hadir ke pejabatnya minggu lepas, merayu dan memohon maaf atas tindakannya meninggalkan Daniel dahulu. Hati aku dah terluka parah. Tak mungkin aku akan menerima jasmine kembali. Aku sayang Balqish lebih dari segalanya. Daniel tidak dapat pulang ke rumah awal petang tadi disebabkan mahu menyelesaikan masalahnya dengan Jasmine. Telah dinyatakan pada Jasmine, hatinya kini milik Balqish. Dia juga tak mahu Jasmine mengganggu kebahagiannya dengan Balqish. Full stop. Tamat. Itu keputusan muktamatnya. Petang itu dia meninggalkan Jasmine yang menangis dan merayu begitu sahaja. Dia harap jasmine tidak menggangunya lagi. Jiwanya sedang berserabut dengan masalah. Masih mengingati cintanya pada Jasmine suatu ketika dahulu. Dicurahkan sepenuh perhatian, kasih sayang malah wang ringgit kepada Jasmine. Habis dilaburkan pada Jasmine. Sehingga saat dia melamar Jasmine untuk menjadi isterinya yang sah. Jasmin menolak lamarannya dan beralih cinta pada Dato’ kaya. Hatinya munsnah dan telalu kecewa.
Perancangannya mahu pulang sahaja ke rumah, tetapi bertukar arah ke Putrajaya. Dia ingin mencari ketenangan dahulu sebelum pulang. Di Masjid Putrajaya, dia momohon doa agar hatinya tenang dan mengharapkan tiada dugaan yang akan menimpa dirinya dan Balqish. Memohon diberi kekuatan dan kebahagiaan kepadanya dan Balqish.

Balqish terjaga dari tidur. Dilihatnya jam menunjukkan pukul 5. Alhamdulillah, nasib awal lagi. Selepas membersihkan diri, Balqish solat subuh dan membaca Al-quran. Setelah mendapati dirinya mengandung, Balqish berazam akan membaca Al-Quran setiap hari. Semoga anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh.
“Ibu, buat apa? Tak payah susah-susah masak. Hari ni balqish cuti lagi. Biar Balqish yang masak” Tegur Balqish apabila melihat ibunya sedang mengeluarkan bahan di dalam peti sejuk.”Balqish dah sihat ke? Balqish rehat sajalah.” Pagi ini ibunya mahu membuat mee goreng sebagai sarapan. “Ibu, Balqish ada berita gembira tau. Nak tahu tak? Tengok ni.” Balqish menunjukkan alat ujian kehamilan kepada ibunya.”Ibu, bakal jadi nenek. Balqish bakal jadi mama.”gembira sungguh balqish. Sudah setahun dia menunggu saat-saat seperti ini. “Alhamdulillah, kena jaga diri. Kena makan makanan yang berkhasiat tau. Jangan lasak-lasak sangat.” Puan Faridah memeluk Balqish. Dia pun tumpang gembira. “Ibu dah agak dah. Pagi-pagi muntah, pening-pening, tak selera makan. Tapi kalau petang dan malam, macam dah berhari-hari tak makan. Ini, Daniel dah tahu belum?” Balqish hanya mencebik dan mengeleng kepala. Sakit hati dengar nama Daniel. “Kenapa pula buat muka macam tu? Tak elok buat muka macam tu.Pukul berapa Daniel balik semalam?” Balqish hanya membisu dengan pertanyaan ibunya.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan