Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

Cerpen: Cintailah Aku Sayang Ep.3


“Abang, izinkan Ayang balik kampung. Boleh tak? Dah lama tak jumpa ibu dan abah. Rindu.” Balqish mulakan bicara dengan Daniel sebaik sahaja kereta yang dipandu Daniel meninggalkan halaman rumah mereka. Daniel akui mereka memang jarang pulang ke kampung semenjak berkahwin. Samaada kampung Balqish di Melaka atau kampungnya di Kedah. “Nak balik kampung?Abang sibuk sekarang ni. Kan abang dah bagitahu Ayang, company abang nak buka cawangan baru. Itu yang abang sibuk tu. Tunggu semuanya siap,ok tak? Kita baliklah sama-sama.”kata Daniel. “Ayang..ayang nak balik esok. Ayang dah minta cuti dah. Boleh eh?”terang Balqish ragu-ragu. Bimbang suaminya tidak membenarkan. Sudahlah buat rancangan tak bincang dulu, nak balik seorang diri pula tu. Risau juga balqish jika Daniel tak benarkan. “Kenapa buat rancangan tak bincang dulu. Bukan ke kita dah janji dulu, apa-apa yang kita nak buat kita kena bincang dulu. Abang bukan tak benarkan Ayang balik kampung. Tapi baru sekarang cakap dengan Abang. Esok dah nak balik.  Dah ambil cuti pula tu.” Nada suara Daniel sudah bertukar tegang. Bukan marah tetapi terkejut dengan perancangan isterinya. Selalunya mereka akan berbincang jika ada sesuatu perancangan yang hendak dibuat. Dia kecewa dengan Balqish. Bukan dia tak pernah pesan dengan Balqish. Apa-apa yang mereka akan buat mestilah dibincang dahulu. “Kita pergi makan dulu lah. Lepas makan baru kita ambil kereta Ayang. Pagi esok abang bagitahu Ayang boleh balik atau tidak.” kata Daniel.

Petang tadi memang sengaja Daniel balik awal untuk membawa Balqish makan di Pizza Hut. Tiba sahaja di rumah, kereta Balqish masih tidak kelihatan. Risau, cemas semua ada. Takut apa-apa terjadi pada Balqish. Satu hari Balqish langsung tak angkat panggilannya dan membalas pesanan ringkasnya. Rupa-rupanya, Balqish sedang lena di buai impi di dalam bilik. Hendak dikejutkan, terasa kasihan pula. Tentu balqish letih, sebab tu dia terlelap. Sedang Daniel mengusap-usap kepada Balqish dengan kasih sayang, Balqish membuka mata. “Ayang letih ya. Ayang ok tak ni? Balqish hanya mengangguk sahaja. “Ayang pergilah mandi dulu, sekejap lagi kita pergi makan. Jangan merajuk lagi tau. Letih Abang nak pujuk. Kita pergi makan pizza ya.” Gembira Daniel melihat senyuman yang terukir di bibir isterinya. Balqish ni mudah merajuk tapi mudah juga dipujuk. Hati wanita manapun akan cepat cair kalu dipujuk. Lagi-lagi dengan kata-kata yang romantik. Keras macam batu sekalipun, kalau kena air lama-lama melekuk juga.

“Banyaknya ayang makan. Selalunya dua keping pun tak habis. Hari ni berselera Abang tengok Ayang makan. Yang ni dah masuk 4 keping. Ni ada lagi, ayang nak tak? Kalau tak nak abang makan.” Pelawa Daniel. “Makanlah. Tapi Ayang nak bungkus yang small punya. Nak bawa balik. Tak puas makan. Balik rumah nanti, Ayang boleh makan lagi.” Bagitahu Balqish samil menyuap pizza yang keempat. Daniel begitu gembira melihat Balqish begitu selera makan pizza.

Selepas makan, mereka menuju ke pejabat Balqish untuk mengambil kereta Balqish. Terkejut Daniel apabila diberitahu oleh Balqish, dia tidak kerja pagi tadi. Rahsiahnya pecah gara-gara hendak minta tolong Daniel ambil keretanya di pejabat. Nasib baik, kawan baik Balqish Hanna mengantar Balqish balik ke rumah.

“Ayang, Abang benarkan Ayang balik kampung. Walaupun berat hati Abang nak benarkan Ayang balik seorang. Abang minta maaf tak dapat nak balik sama-sama. Nanti hati-hati bawa kereta ya, kirim salam pada ibu dan abah tau.”pesan Daniel kepada isterinya. Dia memang betul-betul sibuk untuk bercuti pulang ke kampung.

Pagi itu, Balqish pulang ke kampung berseorangan. Inilah pertama kali selepas berkahwin dia pulang seorang tanpa Daniel. Dia sudah maklumkan kepulangannya kepada ibunya, risau juga apa pandangan ibunya bila lihat anak kesayangan balik kampung tanpa suami.
“Ibu, Balqish nak balik kampung ni. Ibu masak sedap-sedap tau. Baliqish teringin nak makan asam pedas ibu. Jangan lupa tau, tapi Balqish balik seorang saja. Abang Daniel tak balik.”kata Balqish kepada ibunya pagi tadi.”Kenapa pula balik seorang,balik sama-sama tak boleh ke?Balqish, Balqish kan dah kahwin.”pelik Puan Faridah perangai anaknya. “Oklah mak, bye..”Tanpa penjelasan Balqish segera meletakkan telefon.

Keseorangan memandu kereta, Balqish teringat peristiwa 2 tahun lepas. Dengan bercucuran air mata, Balqish memandu kereta pulang ke kampung. Teringan dia akan Ashraf. ‘Apa khabar Ashraf ya?’Balqish berkata di dalam hati. ‘Ya Allah, kenapalah teringat kat Ashraf ni.’rintih Balqish. ‘Esok 3hb Jun , Hari jadi Ashraf. Aku nak wish lah.’Teringat dia akan Ashraf. Lagi-lagi bila terdengar lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ nyanyian Alya. ‘Buat apalah teringat kat Ashraf, aku harap dia pun bahagia sekarang.’

Dari jauh kepulangan Balqish di sambut oleh Mia. Anak Kak Longnya yang tinggal dengan ibu dan ayahnya di kampung. Memang dari kecil Mia dijaga oleh ibunya. Manjanya bukan main, mengalahkan Balqish yang merupakan anak bongsu. Almaklumlah cucu tunggal, manjanya lebih-lebih. Dah sampai tahap lemak berkrim.

“Yeah...Mak Su balik..Mak Su balik.” Jerit Mia sambil terlompat-lompat.”Mak Su..Mak Su ada beli jajan untuk Mia tak?” Belum sempat Balqish keluar dari kereta Mia sibuk tanyakan apa-apa makanan ringan untuknya.  “Mia ni tak sabar-sabarlah. Mak Su baru saja sampai. Penat tahu, drive kereta seorang ni. Rungut Balqish. Baru saja Balqish cakap macam tu, muka Mia dah bertukar. Masam mencuka. “Alahai, anak buah Mak Su dah merajuk dah. Adalah mak Su beli jajan untuk Mia. Untuk Atok Bah dan Nenek pun ada.” Balqish membuka boot kereta mengeluarkan plastik berisi pelbagai barang. “Atok dan Nenek mana Mia? Senyap saja.” Tanya Balqish kepada anak buah kesayangannya itu. “Atok, pergi kebun. Nenek ada kat dapur. Hari ni nenek nak masak bubur kacang campur durian. Best sangat. Mia suka makan bubur kacang. Mak Su pernah tak makan bubur kacang?” Kadang-kadang Mia ni macam orang tua. Berceloteh tak ingat penat. “Pernah lah Mia ni, tapi Mak Su dah lama tak makan. Tentu best kan nenek masak” Balqish memang tahu ibunya memang pandai memasak. Bukan macam Balqish, masakan ringkas-ringkas bolehlah. Nasiblah dapat suami yang tak kisah pasal makan. Kadang-kadang terfikir juga Balqish kenapa bakat memasak ibu tak tumpah pada dia tapi pada Kak longnya. Walaupun dia yang selalu tolong ibu di dapur.

“Assalamualaikum, ibu. ibu sihat?” Balqish mendapatkan ibunya di dapur. Terus dicium tangan dan pipi ibunya. “Rindu Balqish pada ibu.” Habis diciumnya pipi dan muka ibunya. Macam dah bertahun tak jumpa. “Eek...Mak Su ni tak malulah dah besar-besar pun cium-cium peluk-peluk nenek. Macam budak kecik je.” Mia yang dari tadi hanya memerhati kini bersuara. “Eleh, Mia cemburu lah tu. Macam lah Mia je yang boleh peluk nenek” Kadang-kadang Mia ni menjadi kawan gaduhnya. Balqish memang suka mengusik Mia. Sampai menangis Mia diusik tak henti-henti oleh Balqish. “Balqish. Dah mulalah tu nak mengusik budak tu. Menangis nanti ibu  tak nak pujuk.” Tegur ibunya.

“Erm...sedapnya bubuk kacang ni. Balqish makan ya bu.” Aroma  bubur kacang memang menyelerakan Balqish yang sememangnya lapar. “Makanlah. Tapi tak nak mandi dulu ke? Dah bau masam dah.” Mia hanya terkekeh ketawa bila neneknya menegur Mak Sunya.” Apa Mia ketawa-ketawa. Macamlah lawak.” Marah Balqish pada Mia “Ala bu, Balqish lapar dah ni. Nanti kalau dah mandi dah hilang selera. Boleh ibu ek, Balqish makan dulu. Kalau Balqish bau busuk, ibu tutuplah hidung tu sekejap.”  Dah lama Balqish tak bermanja-manja dan bergurau dengan ibunya. Sejak bergelar isteri, sedaya-upaya dikawal sikap kemanjaannya.

“Mak Su, Mak su.....Mia nak tidur dengan Mak Su malam ni boleh tak? Selaluya Mia tidur seorang. Nenek kata Mia dah 5 tahun dah kena tidur sendiri. Tak boleh tidur dengan nenek lagi.” Rengek Mia. Takut Mak Sunya tak benarkan dia tidur bersama. “Lagipun, lagipun... Paksu tak ada kan. Bolehlah. Bolehlah Mia tidur dengan Mak Su.” Tersekat-sekat kata-kata Mia. Takut juga dia ni. “Mana boleh Mia tidur dengan Mak Su. Mia kan dah besar.” Sengaja Balqish mengusik Mia. “ Ala, Mak Su.Bolehlah.”pujuk Mia lagi. “Tak apalah, Mia tidur sendiri lah...”Mia berlalu menuju ke biliknya. Mukanya macam nak menangis. Dia sebenarnya rindukan mamanya. Tidur dengan Mak Sunya sedikit sebanyak akan meredakan kerinduan kepada mamanya. “Alahai, Mia comel. Dah merajuk pulak. Jomlah, tidur dengan Mak Su. Mak Su saja usik Mia tadi.” Pujuk Balqish bila Mia sudah menangis teresak-esak. “Mak Su sayanglah Mia, janganlah menangis.” Dipujuknya Mia sambil mengesat air mata Mia. “Betul, Mak Su bagi Mia tidur dengan Mak su? Betul Mak Su sayangkan Mia? Sampai bila-bila? Kalau Mak Su ada anak pun Mak Su tetap sayang Mia?” Tanya Mia bertalu-talu. Balqish hanya mengangguk.

Selepas Mia tidur, balqish juga mahu melelapkan mata. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Abang.“Assalamualaikum, Sayang, buat apa tu? Abang rindu ayanglah.” Daniel menelefon Balqish. Baru sehari Balqish balik kampung perasaan rindunya membuak-buak. Mereka memang tak pernah berjauhan. Inilah pertama kali. “Waalaikumusalam Abang, baru je beberapa jam Balqish kat kampung. Abang dah rindu?” Balqish memperlahankan suaranya. Takut suaranya mengganggu tidur Mia. “Abang rindu ayang sangat-sangat. Kesian abang tidur seorang. Sayang tak kesian kat abang ke?” Mula dah Daniel buat-buat manja. Hendak perhatian daripada Balqish. “Abang, Ayang bukannya lama kat kampung. Ahad ni baliklah. Ayang pun rindu kat Abang.” Pujuk Balqish. Buruk benar kalau orang dah tua merajuk. “ Abang, ayang dah mengantuk dah ni. Letihlah drive kereta tadi.” Kalau ikutkan Daniel nak dia berborak-orak dengan Balqish. Tapi tentu Balqish letih memandu siang tadi. “Oklah, balqish tidurlah dulu. Esok abang call lagi tau. I love you, sayang.” Daniel mengakhiri perbualannya. “Bye, I love you too, three and for ever.”sempat lagi Balqish ketawa lucu. Sudah agak lama dia tidak membalas ucapan sayang Daniel seperti itu.

Pagi esoknya, Balqish bangun awal. Janjinya pada Mia hendak menghantar Mia ke sekolah.Kalau ikutkan hendak saja Balqish bermalas-malas dengan tidur dan bangun lewat. Sudah lama tak buat perangai buruk macam ni. Sejak bergelar isteri, memang rutin Balqish bangun awal pagi. Solat berjemaah dan sediakan sarapan sebelum Daniel ke pejabat.Tapi hari ni, hajat nak bangun lewat tak kesampaian. ‘Tak apa, esok ada sehari lagi. Esok Mia tak sekolah. Boleh aku bangun lewat sikit.’ Kata Balqish di dalam hati.            
“Mak Su, Mak Su..kenapa Mak Su. Buka pintu ni.”suara comel Mia menjerit-jerit nama Balqis. “Kenapa Mia, nenek dengar suara Mia jerit nama Mak Su. Kenapa?” Puan Faridah masih bertelekung berlari datang depan bilik air setelah mendengar suara Mia menjerit nama  mak Sunya. “Ni ha, kenapa entah dengan Mak Su. Muntah kot. Tapi lama. Mia rasa dah lama Mia tunggu sini nak mandi. Mak Su tak keluar-keluar. Yang Mia dengar Mak Su macam muntah.” Terang Mia. Riak wajahnya juga cemas. Balqish membuka pintu bilik air setelah terdengar suara ibunya. “Orang tak ada apa-apalah. Muntah sikit saja. Ibu dan Mia jangan risaulah.” Terang Balqish lalu masuk ke biliknya. “Balqish kenapa? Pucat ibu tengok muka tu.” Risau juga dia dengan keadaan Balqish. Tersalah makan ke Balqish ni. Fikir Puan faridah. “Orang tak ada apa-apalah. Orang solat subuh dululah.” Balqish mencapai telekung dan segera menutup pintu. Kalau tidak, bertalu-talu soalan ibunya. Makan apa malam tadi lah. Keracunan makanan lah. Suruh makan ubatlah, suruh pergi ke klinik lah.

“Ibu, tolong picit kepala Balqish boleh? Pening lah bu.” Kepala Balqish terasa berat dan berdenyut-denyut. Selepas pulang dari menghantar Mia ke sekolah, tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut-denyut. Pusing-pusing pun ada. “Pening kepala pula, Balqish ni kenapa? Tadi muntah-muntah, ni pula pening. Balqish ni salah makan ke Balqish megandung.” Ibu ni pandai-pandai saja teka Balqish mengandung. Balqish hanya membiarkan soalan ibunya tanpa dijawab. “Ibu ada minyak cap Kapak tak. Nak letak kat kepala, ok sikit kot.” Selalunya memang ibu ada menyimpan ubat-ubat di dalam First Aids. Dari kecik dia dan abangnya memang lasak. Balqish memang suka ikut Abang Ngah nya dan kawan-kawan abangnya main layang-layang tepi padang. Jadi kalau main tak luka atau tak jatuh memang tak sah. Ada saja luka yang dia dapat. Pernah dulu, lututnya terkoyak gara-gaya main kejar-kejar dengan abangnya. Nak harapkan dia pergi klinik, tak perlulah. Yang jadi ‘doktor perbadinya’ ialah ibu. Sambil menyapu ubat di luka sambil ibunya berleter. Balqish hanya pekakkan telinga saja. Tapi sejak ke sekolah menengah, sedikit-sedikit perangai lasaknya hilang. Cuma perangai degilnya yang masih ada pada dirinya.

“Ibu,tengahari ni masak asam pedas ikan pari ya bu.” Walaupun semalam Puan Faridah sudah masak asam pedas, hari ni Balqish nak lagi makan asam pedas masakan ibunya. “Hai, dah muntah-muntah pagi tadi, ada hati nak makan asam pedas lagi. Nanti tak tahan perut tu. Sakit lagi.” Bebel Puan Rafidah kepada anaknya. “Bu ni, orang  masa ni saje nak makan masakan ibu. Dah balik nanti tak dapat merasa. Kempunan nanti.” Balqish meraih simpati ibunya. “yelah..yelah ibu masak asam pedas. Tapi kalau muntah-muntah lagi, jangan menyusahkan ibu.” Dilayannya juga pemintaan balqish. Tengahari itu Balqish makan bertambah. Macam dah lama tak makan nasi berlauk asam pedas. “Balqish. Petang nanti ikut abah pergi kebun ya. Tolong abah ambil nangka dan cempedak. Dah masak tu.” Abahnya bersuara meminta Balqish menolongnya di kebun. Pekerjanya bercuti, jadi terpaksalah guna khidmat dan tenaga Balqish.

Nyenyak sungguh Balqish tidur malam tu. Kepenatan, sepetang menolong abahnya di kebun. Bukan tolong sangat pun. Melepak-lepak tepi sungai sampai bermain-main air yang sejuk. Teringan zaman kecil-kecil. Dia dan Abang Ngah yang selalu ikut abah ke kebun. Bukannya menolong, datang nak mandi sungai. Abah pun tak kisah, ajak mereka hanya untuk jadi peneman sahaja.

“Balqish, Balqish bangun solat subuh.” Balqish tak sedar bila alarm telefon bimbitnya berbunyi. Bila jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi segera Puan Faridah kejutkan Balqish, Takut terlepas subuh pula. “Bu, tak boleh bangunlah bu. Berat rasa kepala ni.” Balqish sedaya upaya bangun tapi kepalanya pusing dan begitu berat. “Panas kepala Balqish ni. Balqish demam ni.” Ibunya merasa kepalanya. Rasa panas sangat.

Bersambung...... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan