Pengikut

Sabtu, 29 Januari 2011

Bila kuimbas kembali: Humaira oh Humaira...

Bila kuimbas kembali membawa saya teringat Adelia Humaira, Permata Hati saya. Tengok kembali gambar-gambarnya dari kecil sehingga sekarang.





Adelia Humaira Bt Mohd Hazwan @ Humaira @ maira @ irah lahir 1 Januari 2009. Mudah sajer nak kita umur humaira. 1 Februari ni genap umur Humaira 2 tahun 1 bulan. Yang atas ni gambar dalam lingkungan
2 - 5 bulan. Comelnyerrrrr..bila maira senyum.

Ini pula gambar humaira dalam lingkungan 5-6 bulan dah boleh menyarap...Paling dia suka main dengan teddy bear hijau tu. Teddy bear tu ada lagi tapi dah terkoyak kat leher. Sebab maira suka tarik2 kepala teddy tu.

Tengok gambar humaira pakai spek mata makcik dia. Ni kerja mama yang agak kreatif. Huhuhu....Comel n cute sesangat.....



Gambar ni Humaira umur dalam lingkungan 7 bulan hingga setahun. Sudah pandai beraksi...sudah pandai meniru gerak gaya orang lain...


Masa ni pun umur humaira dlm 7 bulan sehingga 1 tahun. Masa umur ni Humaira 3 kali kena tinggal dengan mama sebab mama pergi kursus. 2 kali tinggal dengan baba bila mama pergi kursus kat KL dan Shah Alam. Then sekali lagi pada umur Humaira 10 bulan. Masa tu mama dan baba kena hantar Humaira balik kampung sebab mama kursus lama sangat kat Port Dickson. Masaklah makcik dia jaga....sebabnya masa ni Humaira still breas feeding lagi. So malam nak tido mesti nak nyut..nyut dulu...bila tak ada kelam kabut makcik dia.


Humaira waktu ni dah setahun lebih. Lagi pandai bergaya tapi agak malu kalau ambil gambar banyak2 kali...









Berjalan ala-ala model gitu.....(agak2 blh jadi model iklan tak?)



Gambar ni umur Humaira dah masuk 2 tahun. Masih pelat bercakap. Tapi ingatan dia sangat kuat. Sekali mama bagitahu, bila mama tanya lagi dia boleh bagi jawapan. Contoh hari ni dia tanya baba mana? Mama cakap baba pergi kenduri, balik kenduru baba bawa balik telur. Dalam masa 2-3 jam lepas tu mama tanya, humaira boleh jawab dengan yakin.


Bila tengok gambar ni, maira akan kata 'fish'. Tempat dia tengok ikan. Mama akan tanya maira bagi fish makan apa? 'ti' jawab maira. Apa tu 'ti'? . 'ti' stand for roti. Dengan gaya ikan makan roti sekali dia buat.

Inilah kisah Humaira bila kuimbas kembali.....sekarang ni dah ramai suara2 yang tanya bila Maira nak dapat adik...hentah ler jawab mama dia....ada rezeki InsyaAllah adalah tu....

Isnin, 24 Januari 2011

Kata-Kata Cinta 2

Kata-kata cinta ini saya perolehi dari Buku Membina Cinta Suci Dr HM Tuah. Kadang-kala bila baca kata-kata seperti ni dapat memuhasabahkan diri..(Betul ke perkataan ni?) Sebab hidup kita sunyi tanpa Cinta...Yang penting Cinta kita kepada Yang Maha Esa....



1) Hati yang bahagia akan tenteram dan damailah seluruh anggota. Tetapi hati yang rosak akan membuatkan kelam kabut dan hilang rasa bahagia.~~Mmg betulkan bila kita bahagia, badan kita rasa sihat, hati kita akan rasa damai, jiwa kita tenteram tetapi kalau hati kita rosak atau sakit membuatkan kita tidak keruan kan...Buat sesuatu pun mcm ada yg tak kena dan mmg rasa tidak bahagia.

2) Setiap yang berupa bencana hari ini boleh jadi sebab pada nikmat yang tidak direncanakan. ~~Boleh kita tafsifkan tak? Setiap benana atau musibah yang berlaku pada kita tanpa kita sedari sebenarnya adalah nikmat yang kita peroleh. Contah, kita pernah putus cinta, kita merana, tapi mungkin cinta kita itu sebenarnya bukan yang terbaik buat kita.

3) Reda, Syukur dan Sabar itulah jawapan pada banyak soalan perasaan.~~Jom kita hayati, betul kan kalau kita soalkan tentang hati dan perasaan jawapannya adalah REDA, SYUKUR dan SABAR.

4) Enaknya cinta sukar digambarkan. Ibarat  orang yang makan gula, hanya dia yang tahu rasa gula.~~Ini sesuai kita tanya mereka yang sedang bercinta..hanya diorg jer yang tahu manisnya cinta.

5. Suntiklah senergi keimanan agar kecantikan yang dimiliki semakin menambah kesyukuran, sebab itulah kejelitaan sebenar. ~~Jangan korang suntik dengan botox pula kat muka tu..konon nak cantik,

6. Cinta memang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan sebab kehidupan itu sendiri bermaksud kecintaan.~~Cuba korang bayangkan hidup tanpa cinta, tanpa cinta kepada ALLAH, Ibubapa, guru,dan orang lain. KOSONG kan jiwa kita. Macam hidup tak tentu arah.

7. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk menikah. ~~Tanya sama itu lelaki, berani bercinta beranilah bernikah. Baru gentleman.

8. Sebenarnya tidak payah bertemu jodoh, yang payah ialah membina keserasian jodoh. ~~Kadang-kadang dah ramai yang kita jumpa, tapi nak jumpa yang betul2 serasi susahkan, sama-sama menyukai dan menyintai.

9. Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak menjadi salah. ~~Kerana Cinta Allah adalah Cinta yang Agung dan Suci.

10. Cintai ALLAH hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika kita harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap ALLAH. ~~Sebab perasaan cinta datang dari Allah swt.

Inilah antara kata-kata yang dipetik bukan dari pokok tapi dari Buku Motivasi Sayang ~ Membina Cinta Suci. Nanti saya buat Part 3 pulak..Banyak2 nanti mata korang berpinar2 nak baca...

Ahad, 23 Januari 2011

Kata-Kata Cinta Untukmu



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.



Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam


" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...


Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka. 
 

Jumaat, 21 Januari 2011

Kata-Kata Cinta

Nikmatilah cinta dalam bentuk yang teristimewa - PERKAHWINAN.

Cita-cita dan cinta memerlukan perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati.

Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri.

Malang sungguh jika usia yang singkat ini kita isi dengan hal-hal yang tidak bahagia, Apakah kita yakin kita kita akan berbahagia di Akhirat kelak. maka kerana itu kita kita bermain dengan sifat-sifat buruk yang mencarik kebahagiaan tatkala kita hidup didunia?

Manusia akan berasa kaya kalau hatinya juga kaya, yang menyenangkan hati ialah keyakinan mencukupkan yang sedikit.Hitunglah apa yang anda miliki jangan menghitung hal-hal yang anda tidak punyi.

Yakinlah daripada setiap kejelikkan dan ujian terselit kemanisan untuk diselongkar.

Untuk mendapat jiwa yang bahagia ada empat perkara: berani kepada kebenaran, tahu rahsia daripada pengalaman hidup, pandai menjaga kehormatan batin dan adil walupun pada diri sendiri.

Tidak selamanya kebahagiaan itu mendatang, kerana kadang kadang sinar matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang dibawa ketawa ibarat panas mengandung hujan.

Cinta seharusnya melahirkan tindakan-tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan.

(daripada buku Membina Hati yang Bahagia-DR HM Tuah)

Tips Untuk Mendapat Hati Yang Baik

Tips Untuk Mendapat Hati Yang Baik
  • Sentiasa Merasakan Dirinya Bertuhan
          Apabila disebut ALLAH, hati rasa gerun. Hati dapat merasakan ALLAH melihat semua perilaku,
         Terasa betapa lemah dan kerdilnya diri berbanding dengan ciptaan-ciptaan ALLAH.
     
          "Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH
           gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA,
           bertambahlah iman mereka (kerana-NYA) dan kepada TUHANlah mereka bertawakal."
          (Al-Anfal,2)

  • Sentiasa Rasa Bersyukur
         Rasa bersyukur tidak setakat sewaktu menerima nikmat bahkan tatkala menerima ujian kerana ujian
         yang mendatang bererti perhatian ALLAH, menambah pahala bersabar dan menghilangkan dosa.

         "Jika kamu bersyukur atas nikmatKU, akan KU-tambah nikmat itu." (Ibrahim,7)

  • Rasa untuk Ikhlas
          Keikhlasan mencetus kejujuran, kasih sayang, harmoni, saling hormat-menghormati serta membuahkan
          keamanan dan kedamaian.

(Dari buku Membina Hati Bahagia, Dr HM Tuah)

24 Ciri-Ciri Orang yang Mencintai Kamu...



Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

~~Artikel ini diambil dari http://tentangcinta.com/ ~~

Ayat-Ayat Cinta

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.



2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.



3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.



4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.



5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.




6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.





7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.



8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.



9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.



10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.



11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.



12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Tips Mendapat Jiwa Yang Tenang

1) Menghidukan malam dengan beribadat

2) Menyedari Hak-hak yang tidak mungkin diganti Contoh: Masa, Kasih kepada Ibubapa..

3) Memahami kebesaran Zikir - Amalkan zikir

4) Berteman dengan orang yang soleh atau yang baik-baik

5) Membersihkan jiwa dari sifat tercela ( Hiasi jiwa dengan Sifat Mazmudah)

6) Sentiasa muhasabah diri

7) Muraqabah iaitu sentiasa merasai adanya Allah bersama kita kemana sahaja kita pergi.

8) Mujahadah iaitu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh..(Beribadat dengan bersungguh-sungguh)

9) Menyegerakan beramal ibadat

10) Bertaubat (menyesali segala kesalahan dan dosa2)

Benarkah Cinta Menyakitkan?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
 


Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah.

Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.


Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.


Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

1O RESEPI RAHSIA CINTA



1O RESEPI RAHSIA CINTA

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.


2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.



3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.



5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..



6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?



8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.



9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..


10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

TIPS MEMENANGI HATI WANITA.

TIPS MEMENANGI HATI WANITA

1.Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2.Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3.Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Tips Bertemu Jodoh....

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Ayat- Ayat Cinta

Kekasih………….!

Maafkan aku yang selalu menghianatiMu……,

Padahal aku telah berjanji dihadapanMu, bahwa aku akan selalu setia, mengorbankan jiwa raga dan harta ini hanya untukMU. Dan saat itu pula Engkau menjanjikan dengan pasti akan memberiku kebahagiaan hakeki. Hingga aku bergembira dengan perjanjian itu (Qs 9:111).

Kekasih…………..!

Saat itu pula siang malam yang ada dalam ingatanku hanya diriMU. Ketika aku berdiri, duduk, berbaring hanya namaMu-lah yang senantiasa aku sebut (Qs 3 :190-191).

Namun Kekasih………!

Kini aku terperdaya oleh cumbu rayu semu dan kemilau kekasih-kekasih fatamorgana. Padahal dalam SuratMu Engkau telah menyatakan, agar aku tidak terpesona oleh percintaan orang lain. Itu hanyalah percintaan sesaat, dan mereka akan mendapat kesengsaraan selamanya (Qs 3 : 196-197).

Wahai Kekasih…….!

Maafkanlah segala kesalahan dan kekhilafanku padaMU.Janganlah Engkau campakkan aku di hari H, saat aku bertemu denganMu dan di hari saat Engkau pula bertemu dengan kekasih-kekasihMu (Qs 3 : 194).

Khamis, 20 Januari 2011

Ulasan Novel: Adam Dan Hawa

Tajuk Novel: Adam Dan Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Diterbitkan Oleh: Alaf 21 Sdn Bhd








Ini entri baru yang saya wujudkan dalam blog ni, yelah nak harapkan cerpen tulisan saya bukan boleh tulis hari-hari. Nak perak idea lagi, nak tulis lagi mana lah sempat.


Oklah, dengan entri ini saya harap akan membantu anda membeli novel tersebut. Alahai...berangan nak jadi promoter lak.


Novel ni berkisah tentang Ain Hawani. Kerana tersilap langkah dia terperangkap dan terpaksa berkahwin dengan Adam Mukhriz. Rayuan Ain Hawani tidak dipedulikan. Mereka terpaksa juga berkahwin.


Tetapi ikatan perkahwinan hanya tertulis di atas sehelai kertas sahaja. Ain amat kecewa mengapa perkara yang memalukan berlaku kepadanya. Kahwin Paksa.Ain pergi membawa hati dan mencari harga diri.


Selepas 8 tahun berlalu, Ain dan Adam bertemu di pintu Masjidilharam. Bagi Adam yang mengharapkan pertemuan ini memang didoanya sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap hubungan mereka telah terputus.


Sejak peristiwa itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Adam tetap berusaha memenangi hati Ain. Pelbagai usaha telah dilakukan olehnya. Mungkin hati wanita Ain mudah dilembutkan atau memang telah ada perasaan sayang dan cinta pada Adam, Ain menerima Adam setelah melihat kesungguhanya dan perubahan yang berlaku pada Adam.


Itu sahaja serba ringkas ulasan Novel Adam dan Hawa. Untuk menghayati lebih lanjut kisah cinta mereka, korang kena dapatkanlah di kedai buku yang berhampiran....

Rabu, 19 Januari 2011

Cerpen: Cintailah Aku Sayang Ep.4




“Dah telefon Daniel, suruh ambil Balqish. Yelah, macamana nak balik kalau masih tak sihat.” Puan Faridah terkejut melihat Balqish sedang mengemas pakaian. Hendak juga balik dalam keadaan tak sihat. Degil. Disuruh cuti lagi, ambil MC. Tapi Balqish tetap berdegil. Katanya tak boleh ambil cuti lah, banyak kerja lah. “Abang Daniel sibuk bu. Mana ada masa nak ambil Balqish.” Terasa sebak. Mulalah air mata nak mengalir. Tahan wahai air mata, depan ibu malulah kalau menangis. Tentu ibu dapat merasa kesedihannya. Sibuk sangatkah Daniel sampaikan minta ambil Balqish pun tak sempat. Bukan ke hari ni cuti, hari Ahad. Buat overtime juga ke?

“Balqish nak balik juga ke? Abah risau lah tengok Balqish ni. Daniel tak datang ambil ke?” Balqish hanya menggeleng. Malas nak cakap lebih-lebih. Buat sakit hati dan buat sedih saja. Tak pasal-pasal mengalir pula air mata depan abah. “ Apa ni, dulu bukan main lagi janji dengan abah. Nak jaga Balqish. Tak benarkan balqish balik seorang.” Bila Abah dah bersuara. Yang lain senyap seribu bahasa. “Abah, Daniel sibuklah bah. Syarikatnya nak buka cawangan baru. Tu yang sibuk sangat.” Jelas Balqish mempertahankan maruah suaminya. Dia tak mahu Abah menganggap Daniel tak bertanggungjawab keatasnya.

“Kalau macam tu, abah dengan ibu temankan Balqish. Biar abah yang bawa kereta.”Abah mengambil keputusan menemaniku balik ke Bangi. Mak segera mengemas kain baju yang hendak dibawa.”Nek, Mia kena ponteng sekolah la eh?”Tanya Mia sewaktu Puan Faridah mengemas baju.”Terpaksalah Mia, 3 hari saja. Hari Rabu kita balik sini semula. Nanti nenek telefon cikgu Mia. Kata Mia tak dapat hadir ke sekolah.” Ibu pun setuju cadangan abah temankan Balqish balik memandangkan badan Balqish masih lemah.

Balik ke Bangi sempat Balqish singgah di Giant Bangi membeli barang dapur. Di rumah memang tak ada langsung makanan mentah untuk di masak. Kalau Balqish dan Daniel sahaja tak apalah. Takkan nak ajak ibu dan abah makan di luar pula. Sempat juga Balqish singgah farmasi. Beli penadol, minyak angin dan alat ujian kehamilan. Balqish rasa lain macam badannya. Tak pernah demam dan pening teruk berhari-hari sebelum ni. Setiap pagi pasti tekaknya loya, nak muntah. Sebarang makanan jangan haraplah boleh ditelannya. Tunggu waktu tengahari baru tekaknya boleh menerima makanan. Waktu tu dah tentulah perutnya dah menyanyi-nyanyi. Jadi makanpun tentulah banyak.

Manalah tahu ada rezekinya nak timang anak. Kalau positif ujian tersebut tentu Daniel melompat keriangan. Sebut saja nama Daniel, Dia mengeluh. hatinya sayu dan sedih. Daniel macam tak menghiraukannya lagi. Minta tolong ambil pun banyak sangat alasannya. Hari Ahad pun kerja ke?

Dari kejauhan Balqish nampak macam susuk badan Daniel. Tapi mustahillah. Berpegangan tangan. Tapi perempuan tu yang paut lengan Daniel. Takkanlah Daniel. Salah pandong kot aku ni. Kata hatinya menyatakan apa yang dia lihat adalah Daniel. Balqish hendak juga tmelihat muka lelaki tu. Dari tepi memang nampak macam Daniel.

“ Ya Allah....tabahkan hatiku.”Balqis mengurut dadanya supaya bertenang. ‘Relek Balqish, tenang Balqish.’ Dia sungguh terkejut. Memang benar lelaki itu adalah Daniel. Bila lelaki tu berpaling, terasa jantung Balqish bagai nak jatuh. ‘Sabar Balqish..Sabar.’ Balqish memujuk hatinya jangan cepat melatah, dia harus tenang. Nasib baik ibu dan abah ada dalam kereta. Mampuslah aku nak jawab kalau ibu dan abah Tanya. Mereka akan kata Balqish tak pandai jaga suami. Suami dah tergoda dengan perempuan lain. Ini ke yang diberitahu Daniel dirinya sibuk, banyak kerja. Sibuk..memang sibuk. Sibuk berkepit dengan perempuan lain. Hati yang memang sedih bertambah-tambah sedih dengan insiden ini. ‘Ah, lantaklah.’Balqish malas nak serabutkan fikirannya. Bertambah pening kepalanya.

“Kenapa tercungap-cungap ni. Kena kejar apa?” tegur ibu apabila melihat Balqish termengah-mengah. Sengaja dia berjalan laju, malas nak bertembung dengan pasangan tadi. Sakit hati, sedih, kecewa,pening...semuanya ada.

“Ibu malam ni kita masak asam pedas lagi eh. Balqish ada beli ikan merah tadi. Sedap masak asam pedas. Ibu ada ni Balqish boleh makan asam pedas puas-puas.” Tersipu-sipu Balqiash. Malu juga asyik suruh ibunya masak asam pedas. Hari-hari lauk asam pedas pun tak mengapa. Tapi memang tekaknya berselera kalau ada lauk asam pedas masakan ibunya.

“Balqish, Daniel memang selalu balik lewat ke? Ni dah dekat pukul 10 malam pun tak balik lagi?” Balqish malas nak berbicara pasal Daniel. Sakit hati. “Kadang-kadang saja, bah.” Segera Balqish naik ke bilik atas. Badannya masih tak sihat. Hendak tidur, tapi mata tak rasa mengantuk. Asyik fikir pasal insiden petang tadi saja. Tiba-tiba, baru dia teringat nak buat ujian kehamilan. ‘Mana aku letak alat tu ya?’ dibelek-belek hand bagnya.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.” Terpancul kalimah syukur di bibir Balqiah apabila ujian kehamilan yang dia buat menunjukkan tanda positif. Tapi ada nada keluhan di bibir balqish. Dalam keadaan sekarang, rasanya biarlah dia merahsiakan berita baik ni daripada pengetahuan Daniel. Malas balqiash nak bercakap dengan Daniel. Nak padang muka pun tak sanggup, apa lagi nak berborak-borak. Sedih teramat sedih dengan sikap Daniel. Sanggup Daniel menipunya. Tanpa dia sedar air matanya mengalir. Kecewa. Inikah balasan Daniel padanya. Mana janji Daniel dahulu. Tak nak lukakan perasaan Balqish. Bukan sedikit pengorbanan yang Balqish berikan. Dia korbankan cinta pertamanya dahulu demi cinta dan janji Daniel dahulu. Yang akan membahagiakannya dan tidak sekali melukakan perasaannya. Kemudia diikutkan kata Daniel suruh dia berhenti kerja di USM sebagai pensyarah, semata-mata Daniel nak Balqish dekat dengannya. Tapi inikah balasan Daniel.

Tepat jam 11 malam Daniel balik. Balqish sudah kirimkan pesanan ringkas kepada Daniel, memberitahu dirinya sudah berada dirumah dan beritahu abah dan ibu pun ada juga. Tapi lewat malam baru batang hidung Daniel nampak. Apa kata abah dan ibu tentang sikap Daniel. Balqish pura-pura tidur bila Daniel masuk ke dalam bilik. Malas dia nak bertegur dengan Daniel. Lantaklah. Hendak jaga hati dia, hati aku macamana?siapa nak jaga?
Daniel masuk ke bilik. Balqish sedang lena tidur. Hatinya begitu rindu pada Balqish. ‘Kasihan Balqish tentu dia tunggu aku balik’bisik hati Daniel. Daniel menyesal mengapa sedang hubungannya dan Balqish gembira hadir Jasmine, kekasih lamanya dulu. Jasmin hadir ke pejabatnya minggu lepas, merayu dan memohon maaf atas tindakannya meninggalkan Daniel dahulu. Hati aku dah terluka parah. Tak mungkin aku akan menerima jasmine kembali. Aku sayang Balqish lebih dari segalanya. Daniel tidak dapat pulang ke rumah awal petang tadi disebabkan mahu menyelesaikan masalahnya dengan Jasmine. Telah dinyatakan pada Jasmine, hatinya kini milik Balqish. Dia juga tak mahu Jasmine mengganggu kebahagiannya dengan Balqish. Full stop. Tamat. Itu keputusan muktamatnya. Petang itu dia meninggalkan Jasmine yang menangis dan merayu begitu sahaja. Dia harap jasmine tidak menggangunya lagi. Jiwanya sedang berserabut dengan masalah. Masih mengingati cintanya pada Jasmine suatu ketika dahulu. Dicurahkan sepenuh perhatian, kasih sayang malah wang ringgit kepada Jasmine. Habis dilaburkan pada Jasmine. Sehingga saat dia melamar Jasmine untuk menjadi isterinya yang sah. Jasmin menolak lamarannya dan beralih cinta pada Dato’ kaya. Hatinya munsnah dan telalu kecewa.
Perancangannya mahu pulang sahaja ke rumah, tetapi bertukar arah ke Putrajaya. Dia ingin mencari ketenangan dahulu sebelum pulang. Di Masjid Putrajaya, dia momohon doa agar hatinya tenang dan mengharapkan tiada dugaan yang akan menimpa dirinya dan Balqish. Memohon diberi kekuatan dan kebahagiaan kepadanya dan Balqish.

Balqish terjaga dari tidur. Dilihatnya jam menunjukkan pukul 5. Alhamdulillah, nasib awal lagi. Selepas membersihkan diri, Balqish solat subuh dan membaca Al-quran. Setelah mendapati dirinya mengandung, Balqish berazam akan membaca Al-Quran setiap hari. Semoga anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh.
“Ibu, buat apa? Tak payah susah-susah masak. Hari ni balqish cuti lagi. Biar Balqish yang masak” Tegur Balqish apabila melihat ibunya sedang mengeluarkan bahan di dalam peti sejuk.”Balqish dah sihat ke? Balqish rehat sajalah.” Pagi ini ibunya mahu membuat mee goreng sebagai sarapan. “Ibu, Balqish ada berita gembira tau. Nak tahu tak? Tengok ni.” Balqish menunjukkan alat ujian kehamilan kepada ibunya.”Ibu, bakal jadi nenek. Balqish bakal jadi mama.”gembira sungguh balqish. Sudah setahun dia menunggu saat-saat seperti ini. “Alhamdulillah, kena jaga diri. Kena makan makanan yang berkhasiat tau. Jangan lasak-lasak sangat.” Puan Faridah memeluk Balqish. Dia pun tumpang gembira. “Ibu dah agak dah. Pagi-pagi muntah, pening-pening, tak selera makan. Tapi kalau petang dan malam, macam dah berhari-hari tak makan. Ini, Daniel dah tahu belum?” Balqish hanya mencebik dan mengeleng kepala. Sakit hati dengar nama Daniel. “Kenapa pula buat muka macam tu? Tak elok buat muka macam tu.Pukul berapa Daniel balik semalam?” Balqish hanya membisu dengan pertanyaan ibunya.

Bersambung....

Jumaat, 7 Januari 2011

Cerpen: Cintailah Aku Sayang Ep.3


“Abang, izinkan Ayang balik kampung. Boleh tak? Dah lama tak jumpa ibu dan abah. Rindu.” Balqish mulakan bicara dengan Daniel sebaik sahaja kereta yang dipandu Daniel meninggalkan halaman rumah mereka. Daniel akui mereka memang jarang pulang ke kampung semenjak berkahwin. Samaada kampung Balqish di Melaka atau kampungnya di Kedah. “Nak balik kampung?Abang sibuk sekarang ni. Kan abang dah bagitahu Ayang, company abang nak buka cawangan baru. Itu yang abang sibuk tu. Tunggu semuanya siap,ok tak? Kita baliklah sama-sama.”kata Daniel. “Ayang..ayang nak balik esok. Ayang dah minta cuti dah. Boleh eh?”terang Balqish ragu-ragu. Bimbang suaminya tidak membenarkan. Sudahlah buat rancangan tak bincang dulu, nak balik seorang diri pula tu. Risau juga balqish jika Daniel tak benarkan. “Kenapa buat rancangan tak bincang dulu. Bukan ke kita dah janji dulu, apa-apa yang kita nak buat kita kena bincang dulu. Abang bukan tak benarkan Ayang balik kampung. Tapi baru sekarang cakap dengan Abang. Esok dah nak balik.  Dah ambil cuti pula tu.” Nada suara Daniel sudah bertukar tegang. Bukan marah tetapi terkejut dengan perancangan isterinya. Selalunya mereka akan berbincang jika ada sesuatu perancangan yang hendak dibuat. Dia kecewa dengan Balqish. Bukan dia tak pernah pesan dengan Balqish. Apa-apa yang mereka akan buat mestilah dibincang dahulu. “Kita pergi makan dulu lah. Lepas makan baru kita ambil kereta Ayang. Pagi esok abang bagitahu Ayang boleh balik atau tidak.” kata Daniel.

Petang tadi memang sengaja Daniel balik awal untuk membawa Balqish makan di Pizza Hut. Tiba sahaja di rumah, kereta Balqish masih tidak kelihatan. Risau, cemas semua ada. Takut apa-apa terjadi pada Balqish. Satu hari Balqish langsung tak angkat panggilannya dan membalas pesanan ringkasnya. Rupa-rupanya, Balqish sedang lena di buai impi di dalam bilik. Hendak dikejutkan, terasa kasihan pula. Tentu balqish letih, sebab tu dia terlelap. Sedang Daniel mengusap-usap kepada Balqish dengan kasih sayang, Balqish membuka mata. “Ayang letih ya. Ayang ok tak ni? Balqish hanya mengangguk sahaja. “Ayang pergilah mandi dulu, sekejap lagi kita pergi makan. Jangan merajuk lagi tau. Letih Abang nak pujuk. Kita pergi makan pizza ya.” Gembira Daniel melihat senyuman yang terukir di bibir isterinya. Balqish ni mudah merajuk tapi mudah juga dipujuk. Hati wanita manapun akan cepat cair kalu dipujuk. Lagi-lagi dengan kata-kata yang romantik. Keras macam batu sekalipun, kalau kena air lama-lama melekuk juga.

“Banyaknya ayang makan. Selalunya dua keping pun tak habis. Hari ni berselera Abang tengok Ayang makan. Yang ni dah masuk 4 keping. Ni ada lagi, ayang nak tak? Kalau tak nak abang makan.” Pelawa Daniel. “Makanlah. Tapi Ayang nak bungkus yang small punya. Nak bawa balik. Tak puas makan. Balik rumah nanti, Ayang boleh makan lagi.” Bagitahu Balqish samil menyuap pizza yang keempat. Daniel begitu gembira melihat Balqish begitu selera makan pizza.

Selepas makan, mereka menuju ke pejabat Balqish untuk mengambil kereta Balqish. Terkejut Daniel apabila diberitahu oleh Balqish, dia tidak kerja pagi tadi. Rahsiahnya pecah gara-gara hendak minta tolong Daniel ambil keretanya di pejabat. Nasib baik, kawan baik Balqish Hanna mengantar Balqish balik ke rumah.

“Ayang, Abang benarkan Ayang balik kampung. Walaupun berat hati Abang nak benarkan Ayang balik seorang. Abang minta maaf tak dapat nak balik sama-sama. Nanti hati-hati bawa kereta ya, kirim salam pada ibu dan abah tau.”pesan Daniel kepada isterinya. Dia memang betul-betul sibuk untuk bercuti pulang ke kampung.

Pagi itu, Balqish pulang ke kampung berseorangan. Inilah pertama kali selepas berkahwin dia pulang seorang tanpa Daniel. Dia sudah maklumkan kepulangannya kepada ibunya, risau juga apa pandangan ibunya bila lihat anak kesayangan balik kampung tanpa suami.
“Ibu, Balqish nak balik kampung ni. Ibu masak sedap-sedap tau. Baliqish teringin nak makan asam pedas ibu. Jangan lupa tau, tapi Balqish balik seorang saja. Abang Daniel tak balik.”kata Balqish kepada ibunya pagi tadi.”Kenapa pula balik seorang,balik sama-sama tak boleh ke?Balqish, Balqish kan dah kahwin.”pelik Puan Faridah perangai anaknya. “Oklah mak, bye..”Tanpa penjelasan Balqish segera meletakkan telefon.

Keseorangan memandu kereta, Balqish teringat peristiwa 2 tahun lepas. Dengan bercucuran air mata, Balqish memandu kereta pulang ke kampung. Teringan dia akan Ashraf. ‘Apa khabar Ashraf ya?’Balqish berkata di dalam hati. ‘Ya Allah, kenapalah teringat kat Ashraf ni.’rintih Balqish. ‘Esok 3hb Jun , Hari jadi Ashraf. Aku nak wish lah.’Teringat dia akan Ashraf. Lagi-lagi bila terdengar lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ nyanyian Alya. ‘Buat apalah teringat kat Ashraf, aku harap dia pun bahagia sekarang.’

Dari jauh kepulangan Balqish di sambut oleh Mia. Anak Kak Longnya yang tinggal dengan ibu dan ayahnya di kampung. Memang dari kecil Mia dijaga oleh ibunya. Manjanya bukan main, mengalahkan Balqish yang merupakan anak bongsu. Almaklumlah cucu tunggal, manjanya lebih-lebih. Dah sampai tahap lemak berkrim.

“Yeah...Mak Su balik..Mak Su balik.” Jerit Mia sambil terlompat-lompat.”Mak Su..Mak Su ada beli jajan untuk Mia tak?” Belum sempat Balqish keluar dari kereta Mia sibuk tanyakan apa-apa makanan ringan untuknya.  “Mia ni tak sabar-sabarlah. Mak Su baru saja sampai. Penat tahu, drive kereta seorang ni. Rungut Balqish. Baru saja Balqish cakap macam tu, muka Mia dah bertukar. Masam mencuka. “Alahai, anak buah Mak Su dah merajuk dah. Adalah mak Su beli jajan untuk Mia. Untuk Atok Bah dan Nenek pun ada.” Balqish membuka boot kereta mengeluarkan plastik berisi pelbagai barang. “Atok dan Nenek mana Mia? Senyap saja.” Tanya Balqish kepada anak buah kesayangannya itu. “Atok, pergi kebun. Nenek ada kat dapur. Hari ni nenek nak masak bubur kacang campur durian. Best sangat. Mia suka makan bubur kacang. Mak Su pernah tak makan bubur kacang?” Kadang-kadang Mia ni macam orang tua. Berceloteh tak ingat penat. “Pernah lah Mia ni, tapi Mak Su dah lama tak makan. Tentu best kan nenek masak” Balqish memang tahu ibunya memang pandai memasak. Bukan macam Balqish, masakan ringkas-ringkas bolehlah. Nasiblah dapat suami yang tak kisah pasal makan. Kadang-kadang terfikir juga Balqish kenapa bakat memasak ibu tak tumpah pada dia tapi pada Kak longnya. Walaupun dia yang selalu tolong ibu di dapur.

“Assalamualaikum, ibu. ibu sihat?” Balqish mendapatkan ibunya di dapur. Terus dicium tangan dan pipi ibunya. “Rindu Balqish pada ibu.” Habis diciumnya pipi dan muka ibunya. Macam dah bertahun tak jumpa. “Eek...Mak Su ni tak malulah dah besar-besar pun cium-cium peluk-peluk nenek. Macam budak kecik je.” Mia yang dari tadi hanya memerhati kini bersuara. “Eleh, Mia cemburu lah tu. Macam lah Mia je yang boleh peluk nenek” Kadang-kadang Mia ni menjadi kawan gaduhnya. Balqish memang suka mengusik Mia. Sampai menangis Mia diusik tak henti-henti oleh Balqish. “Balqish. Dah mulalah tu nak mengusik budak tu. Menangis nanti ibu  tak nak pujuk.” Tegur ibunya.

“Erm...sedapnya bubuk kacang ni. Balqish makan ya bu.” Aroma  bubur kacang memang menyelerakan Balqish yang sememangnya lapar. “Makanlah. Tapi tak nak mandi dulu ke? Dah bau masam dah.” Mia hanya terkekeh ketawa bila neneknya menegur Mak Sunya.” Apa Mia ketawa-ketawa. Macamlah lawak.” Marah Balqish pada Mia “Ala bu, Balqish lapar dah ni. Nanti kalau dah mandi dah hilang selera. Boleh ibu ek, Balqish makan dulu. Kalau Balqish bau busuk, ibu tutuplah hidung tu sekejap.”  Dah lama Balqish tak bermanja-manja dan bergurau dengan ibunya. Sejak bergelar isteri, sedaya-upaya dikawal sikap kemanjaannya.

“Mak Su, Mak su.....Mia nak tidur dengan Mak Su malam ni boleh tak? Selaluya Mia tidur seorang. Nenek kata Mia dah 5 tahun dah kena tidur sendiri. Tak boleh tidur dengan nenek lagi.” Rengek Mia. Takut Mak Sunya tak benarkan dia tidur bersama. “Lagipun, lagipun... Paksu tak ada kan. Bolehlah. Bolehlah Mia tidur dengan Mak Su.” Tersekat-sekat kata-kata Mia. Takut juga dia ni. “Mana boleh Mia tidur dengan Mak Su. Mia kan dah besar.” Sengaja Balqish mengusik Mia. “ Ala, Mak Su.Bolehlah.”pujuk Mia lagi. “Tak apalah, Mia tidur sendiri lah...”Mia berlalu menuju ke biliknya. Mukanya macam nak menangis. Dia sebenarnya rindukan mamanya. Tidur dengan Mak Sunya sedikit sebanyak akan meredakan kerinduan kepada mamanya. “Alahai, Mia comel. Dah merajuk pulak. Jomlah, tidur dengan Mak Su. Mak Su saja usik Mia tadi.” Pujuk Balqish bila Mia sudah menangis teresak-esak. “Mak Su sayanglah Mia, janganlah menangis.” Dipujuknya Mia sambil mengesat air mata Mia. “Betul, Mak Su bagi Mia tidur dengan Mak su? Betul Mak Su sayangkan Mia? Sampai bila-bila? Kalau Mak Su ada anak pun Mak Su tetap sayang Mia?” Tanya Mia bertalu-talu. Balqish hanya mengangguk.

Selepas Mia tidur, balqish juga mahu melelapkan mata. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Abang.“Assalamualaikum, Sayang, buat apa tu? Abang rindu ayanglah.” Daniel menelefon Balqish. Baru sehari Balqish balik kampung perasaan rindunya membuak-buak. Mereka memang tak pernah berjauhan. Inilah pertama kali. “Waalaikumusalam Abang, baru je beberapa jam Balqish kat kampung. Abang dah rindu?” Balqish memperlahankan suaranya. Takut suaranya mengganggu tidur Mia. “Abang rindu ayang sangat-sangat. Kesian abang tidur seorang. Sayang tak kesian kat abang ke?” Mula dah Daniel buat-buat manja. Hendak perhatian daripada Balqish. “Abang, Ayang bukannya lama kat kampung. Ahad ni baliklah. Ayang pun rindu kat Abang.” Pujuk Balqish. Buruk benar kalau orang dah tua merajuk. “ Abang, ayang dah mengantuk dah ni. Letihlah drive kereta tadi.” Kalau ikutkan Daniel nak dia berborak-orak dengan Balqish. Tapi tentu Balqish letih memandu siang tadi. “Oklah, balqish tidurlah dulu. Esok abang call lagi tau. I love you, sayang.” Daniel mengakhiri perbualannya. “Bye, I love you too, three and for ever.”sempat lagi Balqish ketawa lucu. Sudah agak lama dia tidak membalas ucapan sayang Daniel seperti itu.

Pagi esoknya, Balqish bangun awal. Janjinya pada Mia hendak menghantar Mia ke sekolah.Kalau ikutkan hendak saja Balqish bermalas-malas dengan tidur dan bangun lewat. Sudah lama tak buat perangai buruk macam ni. Sejak bergelar isteri, memang rutin Balqish bangun awal pagi. Solat berjemaah dan sediakan sarapan sebelum Daniel ke pejabat.Tapi hari ni, hajat nak bangun lewat tak kesampaian. ‘Tak apa, esok ada sehari lagi. Esok Mia tak sekolah. Boleh aku bangun lewat sikit.’ Kata Balqish di dalam hati.            
“Mak Su, Mak Su..kenapa Mak Su. Buka pintu ni.”suara comel Mia menjerit-jerit nama Balqis. “Kenapa Mia, nenek dengar suara Mia jerit nama Mak Su. Kenapa?” Puan Faridah masih bertelekung berlari datang depan bilik air setelah mendengar suara Mia menjerit nama  mak Sunya. “Ni ha, kenapa entah dengan Mak Su. Muntah kot. Tapi lama. Mia rasa dah lama Mia tunggu sini nak mandi. Mak Su tak keluar-keluar. Yang Mia dengar Mak Su macam muntah.” Terang Mia. Riak wajahnya juga cemas. Balqish membuka pintu bilik air setelah terdengar suara ibunya. “Orang tak ada apa-apalah. Muntah sikit saja. Ibu dan Mia jangan risaulah.” Terang Balqish lalu masuk ke biliknya. “Balqish kenapa? Pucat ibu tengok muka tu.” Risau juga dia dengan keadaan Balqish. Tersalah makan ke Balqish ni. Fikir Puan faridah. “Orang tak ada apa-apalah. Orang solat subuh dululah.” Balqish mencapai telekung dan segera menutup pintu. Kalau tidak, bertalu-talu soalan ibunya. Makan apa malam tadi lah. Keracunan makanan lah. Suruh makan ubatlah, suruh pergi ke klinik lah.

“Ibu, tolong picit kepala Balqish boleh? Pening lah bu.” Kepala Balqish terasa berat dan berdenyut-denyut. Selepas pulang dari menghantar Mia ke sekolah, tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut-denyut. Pusing-pusing pun ada. “Pening kepala pula, Balqish ni kenapa? Tadi muntah-muntah, ni pula pening. Balqish ni salah makan ke Balqish megandung.” Ibu ni pandai-pandai saja teka Balqish mengandung. Balqish hanya membiarkan soalan ibunya tanpa dijawab. “Ibu ada minyak cap Kapak tak. Nak letak kat kepala, ok sikit kot.” Selalunya memang ibu ada menyimpan ubat-ubat di dalam First Aids. Dari kecik dia dan abangnya memang lasak. Balqish memang suka ikut Abang Ngah nya dan kawan-kawan abangnya main layang-layang tepi padang. Jadi kalau main tak luka atau tak jatuh memang tak sah. Ada saja luka yang dia dapat. Pernah dulu, lututnya terkoyak gara-gaya main kejar-kejar dengan abangnya. Nak harapkan dia pergi klinik, tak perlulah. Yang jadi ‘doktor perbadinya’ ialah ibu. Sambil menyapu ubat di luka sambil ibunya berleter. Balqish hanya pekakkan telinga saja. Tapi sejak ke sekolah menengah, sedikit-sedikit perangai lasaknya hilang. Cuma perangai degilnya yang masih ada pada dirinya.

“Ibu,tengahari ni masak asam pedas ikan pari ya bu.” Walaupun semalam Puan Faridah sudah masak asam pedas, hari ni Balqish nak lagi makan asam pedas masakan ibunya. “Hai, dah muntah-muntah pagi tadi, ada hati nak makan asam pedas lagi. Nanti tak tahan perut tu. Sakit lagi.” Bebel Puan Rafidah kepada anaknya. “Bu ni, orang  masa ni saje nak makan masakan ibu. Dah balik nanti tak dapat merasa. Kempunan nanti.” Balqish meraih simpati ibunya. “yelah..yelah ibu masak asam pedas. Tapi kalau muntah-muntah lagi, jangan menyusahkan ibu.” Dilayannya juga pemintaan balqish. Tengahari itu Balqish makan bertambah. Macam dah lama tak makan nasi berlauk asam pedas. “Balqish. Petang nanti ikut abah pergi kebun ya. Tolong abah ambil nangka dan cempedak. Dah masak tu.” Abahnya bersuara meminta Balqish menolongnya di kebun. Pekerjanya bercuti, jadi terpaksalah guna khidmat dan tenaga Balqish.

Nyenyak sungguh Balqish tidur malam tu. Kepenatan, sepetang menolong abahnya di kebun. Bukan tolong sangat pun. Melepak-lepak tepi sungai sampai bermain-main air yang sejuk. Teringan zaman kecil-kecil. Dia dan Abang Ngah yang selalu ikut abah ke kebun. Bukannya menolong, datang nak mandi sungai. Abah pun tak kisah, ajak mereka hanya untuk jadi peneman sahaja.

“Balqish, Balqish bangun solat subuh.” Balqish tak sedar bila alarm telefon bimbitnya berbunyi. Bila jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi segera Puan Faridah kejutkan Balqish, Takut terlepas subuh pula. “Bu, tak boleh bangunlah bu. Berat rasa kepala ni.” Balqish sedaya upaya bangun tapi kepalanya pusing dan begitu berat. “Panas kepala Balqish ni. Balqish demam ni.” Ibunya merasa kepalanya. Rasa panas sangat.

Bersambung......